Mak Nyah vs Minah Tulen

Fuhhh, cam dahsyat jek bunyi tajuk kat atas kan?

Sebenarnya aku nak cerita sikit  pasal apa yang berlaku di hadapan mataku sendiri semalam.  Maaflah kalau ada mak nyah2 yang terbaca catatan ini, aku tak de niat nak ngater korang tau.  Tapi apa yang nak aku perkatakan nanti adalah kisah benar dan bukan rekaan semata-mata!

Alkisahnya, suatu ptg waktu aku dan kawan-kawan pompuan aku duduk2 makan kat tempat makan di Bangsar. Kami berkumpul kat situ dalam 6 orang selepas selesai membuat tugasan di salah sebuah pusat membeli belah yang terkenal ibu kota.  Sedang kami asyik makan, aku melihat muka salah seorang kawanku mula mencuka.

Matanya meliar pandang ke depan. Aku yang mulanya tak ambik kisah sebab waktu tu, aku memang benar2 lapar. Jadik pandangan ku lebih terfokus pada mee bandung di hadapanku lah. Tiba2 kawan sebelah ku yang lain menyapa kawan  aku seorang lagi  yang masih terpinga2 dan kelihatan mengkerut2kan dahinya  itu.

“Pesal ko ni Anne? Nak nak makan ke? Cepat le jab lagi nak tumpang Natd balik.”  kata kawanku yang sorang tu.

“Aku tengah hangin ni!” Tak guna betul punya pakwe!, pondan pun dia nak  heret ke sana sini!” cetus kawanku si Anne dengan muka merah menyala semacam mee bandung di dalam mangkuk depan ku!. Kami yang lain terkebil2 bila melihat gelagak si Anne yang dah macam  hilang sabar tu.

“Mana? ” Tanya kawanku. Aku yang terdiam sambil memandang muka Anne dan mengalihkan pandanganku ke arah meja makan yang selang beberapa meter saja dari tempat kami makan.  Alamak! Memang itu pakwe kau le Anne! 

Aku dapat melihat dengan jelas sekali muka pakwe Anne tu bersama pasangan wanita jadiannya itu. Manja 3 macam aku tengok mak nyah tu bila bercakap dengan pakwe Anne tu.   “Memang ini lah pondan  yang kawan aku cakap dulu tu. Pondan ni lah yang dia selalu heret malam2 bila  aku sibuk kerja!” Gerutu Anne . Aku cuma diam terkedu. Mee bandung di hadapanku baru separuhku makan. Aku dah tak tertelan bila tengok si Anne dah mula bangun dari kerusi meluru ke arah pakwenya.  Kami yang lain terkebil2 memandang.  Aku dapat tengok dan dapat dengar dengan jelas setiap perkataan yang Anne hamburkan pada pakwe dan pada pondan  tu.

Adehh, tak sanggup aku nak taip kat sini kata2 kesat yang terkeluar daripada mulut si Anne. Laserr habis! Si pondan tu pun bukan main lagi menjawab, abis keluar suara jantan nya  gegegeggege!!  Pak we dia pulak aku tengok macam tercengang2. Agaknya terkejut ungka la tu. Salah seorang kawanku menarik Anne untuk meleraikan pertikaman lidah itu. Bukan apa, malu dibuatnya, orang sekeliling duk melopong dan lepas tu duk tersengeh2 mandang.

Semasa dalam kereta, Anne tak habis2 memaki hamun  pakwe dia dan si pondan tu. Aku cuma diam jek sambil mendengar hujah2 kawan2 yang lain. Cam duk tuang minyak kat bara api pulak lagaknya. Aku tk berani nak komen apa2. Aku bukan apa, bab2 gaduh2 ni aku belum  terror!. Kecut perut ada lah kalau tengok orang gadoh.

Aku sebenarnya bersimpati juga dengan si Anne tu. Memang patut kalau dia marah pun. Ada ke dah ada makwe cantik duk rembat pondan lagi. Tak patut betul la. Pelik betul la selera sesetengah orang lelaki ni. Yang si pondan tu pun satu hal.  Tak takut dosa ke. Tubuh badan dah ‘diubahsuai’ suka2 dia jek.  Seksinya ngalahkan pompuan tulen!

Itu lah  dunia sekarang.  Macam2 yang tk patut berlaku pun dah jadi cam  satu kebiasan dah. Golongan Mak Nyah tiruan ni semakin bertambah dan semakin berani. Ntah lah apa nak jadi pada dunia sekarang.

About these ads

2 Comments

  1. Amy said,

    February 20, 2009 at 4:10

    hmm…

    dunia akhir zaman…chaotic…
    sume org brani…
    kalo aku cakap lelebih pun…i’m not dat pious…
    tapi a lil bit concern…lelaki da la x cukup… lelaki yg ada jd pondan plak..tu blum kira yg gay plak… abis camne…
    semoga kita jadi org yg terlindung dr fitnah akhir zaman..amin

  2. Ney said,

    February 25, 2009 at 4:10

    ya betul n benar. Orang lelaki makin kurang secara semulajadi, bertambah kurang bila ada yang bertukar jadi-jadian pulak.( jadi pondan).Maka bertambah kuranglah lelaki tulin dan berkualiti di zaman sekarang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: